KUALA LUMPUR: Skuad hoki kebangsaan yang akan bertemu Afrika Selatan bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 kempen Piala Dunia 2023 esok, digesa tidak terlalu terbuai dengan kejayaan mengalahkan lawan sama di Ipoh, Perak tahun lalu.
Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan A. Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.
"Apabila kita datang ke Piala Dunia ia akan selalu menjadi perlawanan yang berbeza, mentaliti pemain juga berbeza.
"Jadi kita tidak boleh menggunakan landasan kemenangan 7-2 di Ipoh untuk bermain esok (Khamis), kita masih perlu bekerja keras," katanya menerusi rakaman video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Rabu.
Arul Selvaraj berkata skuad 'Speedy Tigers' pada masa sama perlu memupuk asas pemikiran yang baik selain meletakkan kemahuan dan kepercayaan tinggi dalam mencipta kemenangan sekali lagi ke atas Afrika Selatan.
Pada kempen Piala Sultan Azlan Shah 2022 November tahun lepas, Malaysia menewaskan Afrika Selatan 7-2 pada aksi kumpulan.
Menjelang pertembungan di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India esok, Malaysia memiliki kelebihan di atas kertas berdasarkan kedudukan ranking dunia di tempat ke-10 manakala Afrika Selatan di ranking ke-15.
Penyertaan di India merupakan penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.
Edisi lepas menyaksikan Malaysia hanya mampu menamatkan cabaran di tempat ke-15.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan. -Gambar fail/Bernama
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan
Situasi tersebut membuatkan Arul terpaksa fokus kepada latihan berskala kecil dengan hanya melibatkan 12 orang pemain.
Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha
Kekalahan terbaharu 2-5 The Speedy Tigers kepada Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam hari ini membangkitkan persoalan.
Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj, bangga dengan semangat juang tinggi pemain untuk mencipta sejarah membawa pulang emas sulung Sukan Asia bagi edisi 2022 di Hangzhou, China.
Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.
Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.
Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi
Skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand.
Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan
Para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik apabila berdepan Kanada.
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara
Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta bagi membantu ketua jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.